PROFESIONAL MAPAN BAKAL GEGARKAN KOLOKIUM PEMBANGUNAN MAMPAN KELANTAN

webmaster

oleh Norzana Razaly

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau & Alam Sekitar Negeri Kelantan akan menganjurkan Kolokium Pembangunan Mampan Negeri Kelantan pada Isnin, 16 Mac 2020, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang di Kota Bharu Trade Centre , Kota Bharu Kelantan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau & Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB Tuan Saripudin Tuan Ismail, yang juga dijadualkan bakal merasmikan program berkenaan berkata, bertujuan mewujudkan platform perkongsian maklumat yang lebih terperinci berkaitan Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan 2019-2023.

“Diskusi ilmiah ini diharapkan dapat membina momentum kepada gerakan pembangunan mampan ke seluruh Negeri Kelantan khasnya melalui kerjasama pelbagai jabatan, agensi, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam. Ia bakal menampilkan panel dan syarahan hebat daripada ramai tokoh ilmuan dan profesional”, katanya.

Antara segmen utama pengisian kolokium ini adalah sesi Lontar Idea Mampan merangkumi tajuk Teras Utama Pelan Induk Pembangunan Mampan Kelantan 2019-2023 oleh Pengurus Besar Kelantan Utilities Mubarakan Holding, Ybrs Tuan Haji Mahadi bin Haji Mokhtar.

Manakala topik Perhutanan Hijau dan Mampan melalui Teknologi Drone dan Pengimejan Satelit bakal diperincikan oleh Penasihat Kumpulan Kajian Dasar NGO Rakan Alam Malaysia, Ybrs Ir Haji Khairil Nizam bin Khirudin.

Turut dijangka mengambil bahagian dalam sumbang saran idea bernas ialah Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN), YABrs Tuan Haji Zulkifli bin Mamat yang bakal mencerakinkan persoalan Hijau Mampan dalam Pentadbiran ditambahnilai oleh Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan (PKS), YABrs Dr Wan Nik Wan Yussof melalui wacana Pendekatan Pembangunan Strategi Lautan Hijau.

Persoalan menngenai Alam Sekitar Kelantan 2020: Isu dan Cabaran akan dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan,.ABrs Tuan Haji Salahuddin Sidik.
Manakala slot Forum Mampan pula diagendakan bakal mengupas isu Mendepani Kelantan Mampan 2020:Cabaran dan Peranan oleh panelis mapan terdiri daripada Mantan Pengarah Urusan , MIGHT Technology Nurturing (MTN), Ybhg Datuk Nik Ahmad Faizul bin Abd Malek, Profesor, Fakulti Bio-Kejuruteraan , Universiti Malaysia Kelantan, YABrs Prof Ir Ts Dr Hj Ahmad Ziad bin Sulaiman dan Presiden, Malaysian Institute of Planners, Ybhg Dato’ Tpr Hj Ihsan bin Zainal Mokhtar.

Segmen Townhall Kelantan Mampan 2020 pula bakal menampilkan Slot Eksklusif oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, YB Dr Izani Hj Husin disusuli Syarahan Eksklusif disampaikan oleh Mantan Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga , Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), MALAYSIA, Ybhg Dato’ Seri Ir Dr Zaini bin Ujang.

Majlis Penutup dijangka disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Negeri Kelantan, Ustaz Haji Ahmad bin Yakob.

Orang ramai dipersilakan hadir dan mendaftaran penyertaan melalui pautan http://bit.ly/KolokiumPMK2020KTC. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi, 019-9373863 (Aishah) atau 014-5077919 (Syahirah).- UPKN KELANTAN 11/3/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2622579997976351

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pusat Latihan Mualaf

Ucapan syabas dan tahniah kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang bertungkus lumus menyiapkan Pusat Latihan Mualaf yang bertempat di Mukim Kok Keli ini sebelum pada tempohnya. Bangunan Pusat Latihan Mualaf ini adalah sebuah fasiliti penginapan sementara untuk golongan mualaf atau saudara baru di Kelantan dan telah dibaik pulih pada […]

Subscribe US Now