Program Ikrar Bebas Rasuah di Kelantan istimewa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Kelantan istimewa kerana membabitkan semua ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, kaedah itu merupakan yang pertama di Malaysia.

“Ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan Kelantan akan melafazkan ikrar petang ini,” katanya selepas menyaksikan IBR pemimpin kerajaan Kelantan diketuai Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob di Kota Bharu, hari ini.

Turut menandatangani IBR Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan anggota-anggota Exco.

Dzulkifli berkata, usaha bersungguh-sungguh itu menunjukkan komitmen kerajaan negeri begitu tinggi dalam menangani isu jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

“Sokongan penuh dibuktikan kerajaan negeri terhadap usaha SPRM untuk menangani gejala rasuah bagi memastikan gejala itu dapat dibendung.

“Syukur dan terima kasih kepada Kelantan dan kepimpinannya kerana sudi menerima kami untuk melaksanakan IBR,” ujarnya.

Menurutnya juga setakat ini hanya Selangor belum menyertai IBR.

Menteri Besar pula berharap Kelantan bebas rasuah sehingga ke tahap sifar. – HARAKAHDAILY 16/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
144Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment