PROGRAM “INFO ON WHEELS (IOW)” SEDARKAN MASYARAKAT BAHAYA COVID-19

webmaster

oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU– Pengisian program “ Info On Wheels ”  anjuran Jabatan Penerangan Negeri Kelantan bukan sahaja bertujuan memberi kesedaran berkaitan kempen pematuhan SOP COVID-19, tetapi pada masa yang sama juga turut dimanfaatkan sebagai medan penyampaian maklumat khasnya mengenai perlaksanaan program-program kerajaan, hebahan serta edaran bahan penerbitan kepada masyarakat ke peringkat akar umbi.  Kempen Pematuhan SOP COVID-19 diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat masyarakat untuk sentiasa mematuhi SOP dan bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19.

Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob berkata,  “punca yang terbesar bagaimana pandemik ini tidak dapat kita putuskan adalah kerana sebahagian besar daripada kita tidak mematuhi SOP, dan sekarang keadaan pandemik ini sudah  berada di dalam komuniti dan bukan pada kluster tertentu.” Katanya ketika ditemui media di sekatan jalan raya Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu. 

Tambahnya lagi, Jabatan Penerangan hari ini turun ke bawah bagi menghebahkan lagi kepada rakyat dan sangat penting agar setiap daripada kita mematuhi dan memahami serta berdoa kepada Allah S.W.T agar pandemik ini dapat diputuskan dengan ikhtiar dan kerjasama semua.

Turut hadir ke Program IOW, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Panglima Perang Hj Mohd Nassuruddin bin Daud, ADUN Wakaf Bharu YB Haji Rosli Abdullah, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dr. Zaini Hussin, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan Encik Azahar Ismail serta Timbalan Polis Negeri Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah.

Ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Darat Malaysia serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan kepada semua pihak yang telah menjayakan kawalan lalulintas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).- UPKN KELANTAN 3/2/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PROJEK OKU TANI AL FALAH JANA EKONOMI BAHARU

oleh Norzana Razaly BACHOK – Kerajaan Negeri Kelantan memandang serius maslahat rakyat khasnya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri ini. Oleh itu, Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Kelantan melalui Kelantan Biotech KBCSB bersama Persatuan Pertanian Alami Kelantan (ALAMI) selaku rakan teknikal telah […]

Subscribe US Now