Program Semarak Dakwah Meriah

webmaster

MACHANG– Program Semarak Dakwah yang julung kali diadakan di daerah ini berjaya menghimpunkan pengunjung pelbagai peringkat usia bahkan menjadi platform yang berupaya mengeratkan hubungan antara Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Program dua hari yang bertemakan ‘Rapatkan Ukhwah Gegarkan Dakwah’ anjuran Misi Kembara Dakwah (MKD) dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang diadakan di Kolam Air Panas Tok Bok itu berjaya mengumpul lebih 2,000 penduduk setempat yang datang dari segenap pelosok kampung.

Program yang mendapat kerjasama antaranya Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK), Syarikat Ladang Sungai Terah (SLST), Beauty Kaseh, Ikhlas Care, Cellmax, Syarikat-syarikat Kumpulan PKINK dan lain-lain syarikat korporat itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Dato’ Dr. Ramli Mamat.

Pelbagai aktiviti berlangsung termasuk penyampaian sumbangan kepada asnaf dan anak yatim, gotong-royong membersih 6 buah surau terpilih, free market, kayuhan sihat, pertandingan memasak gulai kawah bersama komuniti, kempen “go green”, pertandingan mewarna dan persembahan pentas.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan oleh Pusat Perubatan An-Nisa’ dan Sukarelawan Medic Kelantan, kempen derma darah oleh Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), bual bicara bersama Dato’ CEO PKINK dan Pengurus Besar TNB Wilayah Timur, perkongsian keusahawanan dan motivasi oleh Pengasas Beauty Kaseh dan Ustaz Cinta serta gotong royong membaiki rumah warga emas di Kampung Tok Kaya turut mendapat sambutan hangat penduduk setempat.

Dr Ramli dalam ucapannya berkata, program yang dikelolakan oleh NGO amat penting bagi merapatkan lagi hubungan antara kerajaan dan masyarakat selain dapat memberi penjelasan secara telus kepada masyarakat tentang dasar kerajaan dan kejayaan kerajaan negeri.

“Program seperti ini perlu diteruskan dan hendaklah menjadi fokus utama selain perlu sentiasa membantu kerajaan dalam memberi tumpuan terhadap pelbagai aspek bukan sahaja pembangunan tetapi juga memastikan kesejahteraan dan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat,” katanya ketika berucap di program tersebut.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab. Rahman, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (Bahagian Grid Wilayah Timur), Haji Mohamad Mohyddin Mohamed Nor dan Pengasas Beauty Kaseh, Mohd Faizul Rohban.

Pengerusi MKD, Mohd Khalik Mohd Zari berkata, selain penduduk setempat, pihaknya juga berjaya menarik minat hampir 100 sukarelawan termasuk daripada PERKIM dan Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA) untuk bersama menyertai dan membantu sepanjang program berlangsung.

“MKD merupakan NGO yang sentiasa aktif bersama PKINK dan KSKK PKINK dalam kerja dakwah dan kebajikan kepada masyarakat termasuk masyarakat Orang Asal di sekitar Kelantan. Untuk tahun ini sudah 15 program bersama masyarakat telah diadakan.

“Selain memberi ruang kepada komuniti untuk beramah mesra, mengeratkan hubungan dan mengenali dengan lebih rapat, MKD turut mempromosi agensi-agensi kerajaan yang sering mengutamakan kebajikan rakyat,” katanya. PKINK 13/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Alumni pondok pertahan kepimpinan ulama

LEBIH 3,000 alumni Pondok Pasir Tumboh berikrar mempertahankan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama di Kelantan yang diasas sejak tahun 1990. Perkara itu diputus pada Ijtimak Pondok SeMalaysia kelmarin yang dibaca Mudir Madrasah Manabi’ al Ulum Diniah, Tuan Guru Mohd Rejab Mad Akhir. Katanya, kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar, Ustaz […]

Subscribe US Now