PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP) TERSASAR, TIDAK BERSASAR

1. Pengumuman pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai penangguhan Program Subsidi Petrol (PSP) mengundang pelbagai persoalan terhadap sejauhmana perancangan mekanisme dibentuk bagi merealisasikan hasrat subsidi bersasar ini.

2. Program yang menyasarkan peruntukan RM2.4 bilion itu pada asasnya masih tidak menepati sasaran yang sepatutnya meskipun meletakkan secara umum penerima dalam kalangan B40 dan M40.

3. Saya telah membangkitkan dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2020 pada 14 November yang lalu bahawa seharusnya PSP lebih disasarkan kepada kelompok pekerja yang lebih banyak menggunakan perkhidmatan kenderaan yang tinggi dalam kerja-kerja seharian.

4. Kelompok ini termasuklah golongan pekerja perkhidmatan ekonomi gig seperti MyCar, BungkusIt, GrabFood, GetRunner dan sebagainya. Ia tidak adil jika mereka turut menerima nilaian RM30 bagi kereta dan RM12 bagi motorsikal sebulan sedangkan penggunaan kenderaan mereka lebih tinggi.

5. Apa yang cuba dilaksanakan Kerajaan dalam PSP ini hanyalah tidak lebih daripada tambahan RM30 bagi pengguna kereta atau RM12 bagi pengguna motosikal kepada BSH mereka, yang telahpun dikurangkan, sedang apabila mereka membayar petrol selepas itu mereka terpaksa membayar pada harga yg diapungkan, tanpa subsidi.

6. Maka, saya mengharapkan agar pihak Kementerian turut mengambil kira pandangan ini bagi memastikan mekanisme PSP kelak yang lebih berkesan dan bersasar serta dapat dimanfaatkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Sekian, terima kasih.

Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi JP
Ahli Parlimen Tumpat

Sumber: https://www.facebook.com/DatoCheAbdullah/posts/2753735398018131

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment