Program terap cara solat betul

webmaster

Solat dengan cara betul dan sempurna memberi impak besar dalam kehidupan malah mampu mempengaruhi gaya hidup seseorang umat Islam.

Menyedari hakikat tersebut, Masjid Laha dengan kerjasama Dakwah Halaqat Negeri menjayakan Program Generasi solat buat kali kedua di Masjid Mukim Laha, di sini.

Imam Masjid Mukim Laha, Mohd Nazri Mat Daud berkata, program yang disertai 50 peserta terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan itu akan diadakan pada setiap Sabtu selama 20 minggu.

Katanya, pendedahan awal amat penting kepada generasi muda agar melaksanakan solat dengan cara betul, sekali gus memperkasakan solat serta membangunkan jati diri mereka.

Tambahnya, pelbagai pendedahan mengenai solat akan dibincangkan pada program tersebut dalam usaha memberikan panduan berguna sehingga awal Jun nanti.

“Ternyata program sebegini banyak manfaat di mana anak-anak muda yang terlibat dilihat lebih yakin dan bersemangat apabila melibatkan soal agama.

“Solat itu tiang agama, jadi mereka perlu diberikan pendedahan yang secukupnya. Program ini hanya memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan mereka,” katanya.

Mohd Nazri berkata, berikutan kejayaan pada fasa pertama, program itu mendapat sambutan yang baik terutamanya di kalangan ibu bapa dengan memberikan dorongan kepada anak masing-masing.

Katanya, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut. [SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

"Skandal Dana SRC International : Pendedahan Muhyiddin Wajib Disiasat"

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 18 Jamadilawwal 1437 | 27 Februari 2016 “Skandal Dana SRC International : Pendedahan Muhyiddin Wajib Disiasat” Tulisan terbaru Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengulas berhubung penggantungannya daripada jawatan Timbalan Presiden Umno turut menyatakan fakta yang sangat menarik. Dinyatakan dengan jelas bahawa dalam isu dana […]

Subscribe US Now