Program Wang Ihsan Kelantan: Maik meterai perjanjian

webmaster

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) hari ini memeterai perjanjian bagi melantik majlis itu sebagai agensi pelaksana Program Wang Ihsan negeri Kelantan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataannya di sini menjelaskan dengan termeterainya perjanjian itu, Maik akan berkongsi dana Wang Ihsan negeri Kelantan pada nisbah 50:50 dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP Kelantan) bagi melaksanakan Program Wang Ihsan tertakluk kepada siling RM25 juta setahun bagi setiap agensi pelaksana.

“Fokus pelaksanaan program masih dikekalkan kepada program pembasmian kemiskinan, bantuan persekolahan, ibu tunggal dan anak yatim.

“Pelantikan Maik sebagai agensi pelaksana bersama JPP Kelantan adalah selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak Istana Negeri Kelantan,” menurut Kementerian itu.

Pada majlis itu, Kerajaan Persekutuan diwakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah manakala Maik‎ diwakili Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Nik Mohd Azlan Abdul Hadi Majlis pemeteraian perjanjian disaksikan olah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra merangkap Yang Dipertua Maik dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut kenyataan itu, penglibatan Maik diharapkan dapat memperluas dan meningkatkan lagi keberkesanan Program Wang Ihsan Kelantan. – Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan negeri peruntuk lebih RM100,000

KOTA BHARU – Kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM100,000 kepada wanita, remaja dan ibu tunggal dalam memberi galakan mereka terhadap penggunaan mesin jahit serba guna. Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, hasil tangan dalam jahitan itu mampu menjana pendapatan. “Kerajaan negeri menggalakkan wanita, remaja dan […]

Subscribe US Now