Projek ECRL bantu usahawan tempatan

KOTA BHARU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dipersetujui semula kerajaan Persekutuan disambut baik pelbagai pihak.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan Mohd Ali Amin Ab Latif berkata, pihaknya menyambut keputusan kerajaan Persekutuan itu.

Katanya, kemudahan infrsutruktur mencukupi boleh membantu usahawan menjadi lebih berdaya saing.

“Usahawan dapat menghantar barang lebih cepat ke destinasi menggunakan ECRL yang lebih cepat dan efisyen.

“Kita melihat ia merupakan satu peluang atau anjakan kepada usahawan tempatan untuk melebarkan lagi perniagaan,” katanya di sini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Cawangan Kelantan Nik Mohd Fahim Muhaimi berharap ECRL yang melibatkan stesen di Tok Bali boleh dimanfaatkan usahawan di kawasan tersebut. – HARAKAHDAILY 18/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10697-projek-ecrl-bantu-usahawan-tempatan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment