PROJEK ECRL DI KELANTAN DIJANGKA BERMULA NOVEMBER 2020

webmaster

oleh Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM– Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Hj Ahmad bin Yakob berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada wakil China Communication Construction (CCC) yang diketuai Pengurus Projek Eksekutifa, Guo Chang Rui sekitar pukul 11 pagi tadi di pejabatnya.

Kunjungan hormat delegasi tersebut bertujuan menyampaikan pembentangan mengenai status Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) khasnya di Kelantan.

Difahamkan, projek ECRL itu dijangka bermula pada November 2020 selepas proses pengambilan tanah selesai berikutan perubahan jajaran (alignment) yang melibatkan dua stesen di Kota Bharu dan Pasir Puteh melibatkan jumlah keseluruhan penjajaran sejauh 44.075 km.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato’ Sr. Hj Azami Mohd Nor dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) YM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa).- UPKN KELANTAN 1/06/2020

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KELANTAN CAKNA KEBAJIKAN MAHASISWANYA DI TIMUR TENGAH

oleh Norzana Razaly dan Nur Atikah Hanis Musa KOTA DARULNAIM – Kerajaan Negeri Kelantan melalui portfolio Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi amat komited menjaga kebajikan rakyat bukan sahaja di dalam negeri bahkan mahasiswa di Mesir, Tunisia dan Jordan demi memastikan keselamatan mereka ekoran penularan wabak Covid-19. […]

Subscribe US Now