Projek ECRL dijangka bermula 2020

webmaster

KOTA BHARU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan dijangka akan memulakan pembinaan pada tahun hadapan.

Dato’ Sri Darwis Abdul Razak menerima cendarahati daripada Menteri Besar.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan ECRL pada pertemuan yang diadakan hari ini.

Katanya, pembinaan ECRL kekal mengikut keputusan kerajaan persekutuan baru-baru ini iaitu tidak melibatkan jajahan Tumpat.

“Sebelum pembinaan dijalankan ia perlu dibentangkan terlebih dahulu kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG),” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan pengurusan ECRL di Kota Darulnaim.

Rombongan itu diketuai Ketua Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd Dato’ Sri Darwis Abdul Razak. Hadir sama anggota Exco Dato’ Sr Mohd Azami Mohd Nor. – HARAKAHDAILY 22/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10756-projek-ecrl-dijangka-bermula-2020

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Isu royalti minyak: MB Kelantan mahu wakil Pusat hadir mahkamah

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan harap wakil kerajaan Persekutuan hadir ke mahkamah bagi membolehkan proses penarikan saman berhubung isu royalti minyak pada 17 Mei ini dapat diselesaikan. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, tarikh tersebut merupakan tarikh baru yang diputuskan hakim setelah tiada wakil kerajaan Persekutuan mahupun Petronas hadir pada […]

Subscribe US Now