Projek hartanah bernilai RM1.5 bilion di Kelantan

webmaster

RAKYAT Kelantan berpeluang meninjau projek hartanah bernilai lebih RM1.5 bilion sempena Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) peringkat negeri.

Program itu akan berlangsung selama empat hari bermula 14 September ini di pusat membeli belah G Orange, di Tunjung.

Pengerusi Penganjur Mapex, Datuk Samsuri Awang Mat berkata, lebih 6,200 projek hartanah pelbagai jenis termasuk kondominium, banglo, rumah berkembar dan rumah teres akan dipamerkan.

“Sebanyak 10 syarikat perumahan mengambil bahagian pameran kali ini. Antaranya, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Binaraya PKINK Sdn Bhd, SPNB Aspirasi Sdn Bhd dan SBJ Binajaya Sdn Bhd,” katanya di Kota Bharu.

Syarikat lain MSO Corporation Sdn Bhd dan Sensatimur Sdn Bhd.

Samsuri juga berkata, pameran terbabit memasuki tahun ke-19 turut mendapat kerjasama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Katanya, penganjur menjangka seramai 5,000 pengunjung hadir pada pameran tersebut. G-Orange turut menawarkan promosi hebatnya ‘Jualan Tok Kelik Modal’.

Hadir sama pada sidang media itu Bendahari Rehda Kelantan, Oie Poh Choon dan Pegawai Perhubungan G-Orange, Wan Nor Atiqah Wan Rahim.– HARAKAHDAILY 11/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Himpunan politik toksik agenda liberal

PERHIMPUNAN ‘wanita bantah politik toksik’ yang diadakan 10 September dianggap rentetan kebiadapan golongan liberal memperkecil-kecilkan ajaran serta akidah agama Islam. Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi berkata, langkah berkenaan akan terus dilakukan sekiranya kerajaan tidak mengenakan tindakan tegas terhadap individu berkenaan. Menurutnya, tindak tanduk golongan tersebut dalam […]

Subscribe US Now