PROJEK KITAR SEMULA ANJURAN KUM POSITIF

webmaster

oleh Norzana Razaly

Kerajaan Negeri Kelantan amat peka dan memahami intisari surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” lalu komited dalam melaksanakan kempen Kelantanku Bersih dengan menggerakkan semua agensinya menggembleng tenaga.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melalui anak syarikatnya Kelantan Utilites Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd (KUM) turut menyahut seruan murni tersebut bukti sokongan padu terhadap usaha Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dam Kesihatan, YB Dr. Hj. Izani Hj. Husin dengan menganjurkan Program Kitar Semula Siri I yang diadakan pada 28 Februari 2019.

Menurut Pengurus Kanan Pembangunan Korporat Kumpulan KUM, Hj. Mahadi Mukhtar, pada peringkat awal penganjuran, program ini hanya melibatkan kakitangan KUM. Kemudian program Kitar Semula Siri 2 diteruskan pada 30 Mei 2019 melibatkan kakitangan PMBK dan anak syarikat. Manakala, publisiti program Kitar Semula Siri 3 kepada umum mendapat sambutan memberangsangkan dengan sambutan baik daripada orang awam dan pihak lain swasta. Kolej Polytech Mara dan Bank Muamalat turut menyertai program Kitar Semula Siri 3 pada 31 Julai 2019 di parkir PMBK.

“Data kutipan barang kitar semula sejak Siri 1 ialah 109kg bernilai RM36.95, manakala Siri 2 pula 200kg (RM100.65) dan terus melonjak sebanyak 819% pada Siri 3 dengan jumlah 1,838.50kg sekaligus melepasi sasaran serta menunjukkan orang awam dan syarikat swasta turut prihatin untuk menjaga alam sekitar tetapi tidak mengetahui saluran yang betul sebelum ini,” katanya.

“KUM mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin berkerjasama dalam aktiviti “3R” (Reduce, Reuse & Recycle) dan “Go Green”. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-748 8899,” ujarnya.

Hasil jualan sebanyak RM1,105.28 semalam merangkumi kertas hitam putih 500kg, kertas berwarna 480kg, kotak 219kg, plastik 75kg, tin 9kg, surat khabar 20kg, besi 60kg, bateri 8kg, e-waste 8kg, aluminium 1kg dan minyak masak terpakai 458.50kg.- UPKN KELANTAN 1/8/2019

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2428968980670788

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KELANTAN SAMBUT BAIK PENDIRIAN PM PERTAHAN KHAT JAWI

Kita menyambut baik dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Perdana Menteri TUN Dr Mahathir Mohamad dan YB Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek atas ketegasan mempertahankan pengajaran khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk kesekian kalinya juga kita melihat ketegasan Tun dalam isu-isu yang dekat dengan hati Umat Islam walaupun […]

Subscribe US Now