Projek laluan bertingkat siap lebih awal

webmaster

TANAH MERAH: Projek pembinaan persimpangan bertingkat di pusat bandar Tanah Merah dijangka siap lebih awal.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Azami Mohd Nor berkata, projek yang bernilai RM153 juta itu berjalan lancar.

“Walau pun dijangka siap pada Ogos 2019, kita menjangkakan projek ini akan disiapkan lebih awal satu hingga dua bulan awal dari tarikh yang dijangka,” katanya selepas meninjau perkembangan projek itu hari ini.

Turut hadir anggota Exco Kerajaan Negeri, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abd Rahman; Adun Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood dan Adun Pasir Tumboh, Ustaz Abdul Rahman Yunus.

Sebelum itu beliau mendengar taklimat disampaikan Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Unit Projek Khas Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir Nik Burhanuddin Nik Yusoff. – HARAKAHDAILY 16/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8420-projek-laluan-bertingkat-siap-lebih-awal

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jambatan: Pemimpin Umno sekadar janji

TANAH MERAH: Tentunya ramai masih ingat pada Oktober 2015 pemimpin Umno memberitahu kerajaan Persekutuan akan membina jambatan baharu di Kampung Pulau Raya. Anggota parlimen Tanah Merah, Dato’ Ikmal Hisham Abd Aziz dilapor memberitahu peruntukan sebanyak RM600,000 dilulus bagi membina jambatan baharu. Cadangan jambatan baharu itu bagi menggantikan jambatan lama rosak dilanda […]

Subscribe US Now