Projek Lembah Binjai ambil kira pandangan penduduk

webmaster

RANCANGAN kerajaan negeri untuk membangunkan projek Lembah Binjai di Kubang Kerian akan dilakukan secara berperingkat dengan keluasan 45 ekar sebagai permulaan di zon A, di Mukim Chepa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Mumtaz Md Nawi berkata, projek tersebut hanya melibatkan kira-kira 12 kediaman penduduk.

Katanya, projek itu bukan dilaksanakan sekali gus di kawasan seluas 250 ekar seperti yang cuba digambarkan sesetengah pihak.

“Lagi pun projek itu belum muktamad lagi. Sekarang masih lagi di peringkat perbincangan.

Kalau tidak setuju penduduk terlibat  boleh mengemukakan surat dan kita cuba meminta kerajaan tidak melibatkan mereka,” katanya pada program ceramah di Simpang Empat Binjai,  Kubang Kerian di sini semalam.

Sebelum ini parti serpihan iaitu PAN membantah projek tersebut dengan menganggap ia boleh menjejaskan penduduk.

Mumtaz yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, projek di Mukim Chepa hanya sebagai permulaan sebelum diteruskan ke lokasi lain.

Menurutnya juga sesetengah penduduk terlibat awal-awal lagi menyatakan persetujuan terhadap pengambilalihan tanah mereka biar pun projek itu belum lagi dibawa bagi kelulusan merancang.

“Rakyat sedar mereka akan menikmati hasil daripada pembangunan lembangan Sungai Pengkalan Datu terutamanya berkaitan aktiviti pelancongan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pendidik ketengahkan agenda pengislahan masyarakat

BEKAS Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Allahyarham Datuk Harun Taib dianugerah Tokoh Murabbi Ummah sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia 5.0 di kompleks Balai Islam Lundang hari ini. Manakala Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat menerima anugerah Tokoh Pendidik Kebangsaan. Selain itu, ulama Hadis terkenal Dr […]

Subscribe US Now