Projek perumahan RM70 juta di Ketereh

KOTA BHARU: Projek perumahan bernilai RM70 juta bakal dinikmati Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dalam tempoh tujuh tahun.

Peruntukkan itu diperoleh hasil projek pembangunan dengan pemaju Masmeyer Timur Sdn Bhd.

Bagi merealisasikan kejayaan projek itu, hari ini majlis perjanjian persefahaman atara keduanya dimenterai.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.Sementara itu, Yang Dipertua MDKBI, Ahmad Robert Ab Rahim berkata, projek perumahan berkenaan akan mula dibangunkan Mac ini.

Katanya, kawasan seluas 14.45 ekar itu terletak berhampiran Kem Desa Pahlawan dekat sini.

Menurutnya, projek pembinaan tersebut akan mengambil masa selama lima tahun yang membabitkan 182 unit keseluruhannya.

“Ia membabitkan pembinaan rumah teres dan semi D sebanyak 160 unit serta 22 unit rumah kedai,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Masmeyer Timur Sdn. Bhd., Datuk Mohamad Tajuddin Bakar dan Setiausaha MDKPI, Md. Yani Mat Zin. – HARAKAHDAILY 24/1/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment