Majlis penyerahan kunci rumah mampu milik berharga RM65,000.00

webmaster

TANAH MERAH – Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mengadakan majlis penyerahan kunci kepada pemilik Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Taman Wadi Iman di Mukim Pasir Genda sebagai satu usaha menyediakan kediaman kepada golongan berpendapatan rendah.

Penyerahan kunci disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr Izani Husin pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Negeri Kelantan Taman Wadi Iman, Pasir Genda kepada 10 orang pemilik yang mewakili pemilik lain dalam acara ringkas bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Projek RMMK ini adalah yang keempat dibangunkan oleh PKINK membabitkan sebanyak 64 buah rumah dengan keluasan berukuran 750 meter persegi.

Projek yang dibangunkan di atas tanah seluas 4.38 ekar ini mempunyai 64 buah unit rumah berharga RM65,000.00 seunit lengkap dengan kemudahan surau, dewan serbaguna dan kiosk perniagaan, memberi ruang kepada rakyat berpendapatan sederhana di negeri Kelantan memiliki rumah sendiri.

Pembangunan projek sebegini dapat memberi peluang kepada rakyat Kelantan untuk memiliki rumah dengan kemudahan persekitaran yang lengkap teratur.

Dalam ucapannya YB Dr Izani berkata, bagi memudahkan kelulusan permohonan pinjaman perumahan melalui bank dokumen pendapatan pemohon adalah penting dan hendaklah sentiasa dikemas kini.

Beliau turut mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab setiap penghuni untuk menjaga kebersihan dan keceriaan di sekitar kawasan perumahan.

Turut hadir, Timbalan Speaker, YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood yang juga ADUN Bukit Panau, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan) PKINK, Mohamad Nasriff  Daud, Ketua Penolong Setiausaha (Perumahan SUK), Mohd Kamarudin Omar dan Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, Ahmad Nazri Ismail.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

WARGA WADI IMAN TERIMA KUNCI KEDIAMAN

oleh Norzana Razaly TANAH MERAH – Kerajaan Negeri Kelantan amat prihatin terhadap kebajikan rakyat di segenap peringkat dan sentiasa memberi ruang kepada rakyat berpendapatan sederhana di negeri ini untuk memiliki rumah sendiri. Hal ini terbukti apabila sepuluh pemilik telah menerima kunci kediaman masing-masing. Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Negeri […]

Subscribe US Now