PT3: 105 pelajar Maahad Perempuan dapat 11A

KOTA BHARU: Maahad Muhammadi Perempuan terus mencatat keunggulan apabila seramai 105 yang menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini mendapat 11A.

Mudirnya, Mohd Mansor Daud berkata, jumlah tersebut terus meningkat sejak PT3 dilaksanakan pada tahun 2014.

Katanya, pencapaian gred purata (GP) tahun 2016 menunjukan keputusan luar jangkaan pihak pengurusan sekolah.

“Kalau dilihat tahun pertama diperkenalkan PT3 iaitu 2014 sehingga tahun ini GP bermula dengan 1.88, 1.40 dan peningkatan 1.26 tahun ini.

“Manakala bilangan pelajar yang mendapat 11A meningkat daripada 46 orang pada 2015 kepada 105 pada 2016,” katanya ketika ditemui selepas mengumumkan keputusan peperiksaan itu di Maahad Muhammadi Perempuan di sini hari ini.

Seramai 318 pelajar sekolah terbabit menduduki peperiksaan PT3 tahun ini.

Mohd Mansor juga berkata kejayaan tersebut disebabkan kesungguhan pelajar dan guru yang dapat memahami format peperiksaan PT3.

Pelajar juga dapat menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) yang dikelola Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Kita harap untuk tahun hadapan, setelah melihat soalan-soalan Kbat, kita boleh membuat peningkatan dengan lebih tinggi lagi,” katanya.

Sementara itu difahamkan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah juga mengungguli pencapaian PT3 tahun ini bagi sekolah kawalan Yayasan Islam Kelantan. – HARAKAHDAILY 19/11/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment