PT3: Tahfiz Sains Tanah Merah terbaik Yik

KOTA BHARU: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah mencatatkan Gred Purata (GP) tertinggi sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) bagi peperiksaan  Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini.

Sekolah berkenaan mendapat gred 1.14 diikuti Maahad Tahfiz Sains al Muhammadi Nipah (1.24) dan Maahad Muhammadi Perempuan (1.26).

Mudir Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Ustaz Azhar Mat Yusuf berkata, jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan PT3 di sekolah itu seramai 136 orang.

Katanya pelajar yang mendapat 11A seramai 63 orang,  manakala 10A – 29 orang dan 9A – 20 orang dengan gred purata 1.14 meningkat berbanding tahun lalu 1.20.

“Antara mata pelajaran yang mendapat kelulusan penuh A iaitu Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah dan Pendidikan Islam,” kata di sini.

Menurutnya,  kejayaan peperiksaan PT3 dinilai berdasar gred purata dan  bukan dikira jumlah pelajar yang mendapat bilangan A terbanyak.

“Sebab itu tidak ada gunanya mendapat A penuh kalau ada pelajar lain yang gagal. Perkiraaan dibuat dengan mencampur semua gagal dan lulus bagi mendapat gred purata yang terbaik,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/12/2016

(Visited 37 times, 5 visits today)

Add Comment