Punggah barang ke tingkat dua

webmaster

RANTAU PANJANG – Warga Maahad Muhammadi Rantau Panjang bersiap sedia menghadapi banjir dengan memunggah peralatan sekolah ke tempat selamat.

Mudir sekolah, Zainuddin Che Ismail berkata, kemudahan sekolah tiga tingkat digunakan sepenuhnya untuk menyelamatkan barang berharga di tingkat bawah.

Menurutnya, ini merupakan aktiviti rutin setiap tahun memandangkan sekolah ini antara kawasan sering dilanda banjir.

“Bagi mengelakkan kerugian akibat banjir, semua barang seperti kerusi, meja dari lapan kelas, dewan serta kantin diletakkan di tingkat dua.

“Al-Quran, karpet, papan hitam, pasu bunga serta peralatan lain dari kantin dan masjid diangkat ke tempat lebih tinggi,” katanya.

Zainuddin berkata, pada hari terakhir persekolahan minggu lalu, pelajar membantu empat kakitangan sekolah, mengalihkan barang berharga ke kawasan tinggi.

Walaupun banjir tahun lalu di luar jangka, namun pihak sekolah tidak mahu menambahkan lagi kerugian sedia ada apabila banjir memenuhi kelas hampir semeter.

ARTIKEL BERKAITAN
Banjir
Mangsa banjir turun kepada 311 orang
IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak setakat 6 petang ini menurun kepada 311 orang daripada 82 keluarga berbanding 381 orang pagi tadi, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Yahya Madif.
Banjir
Simulasi banjir mampu lebih efektif
KEMAMAN – Simulasi banjir yang dilaksanakan di seluruh Terengganu membabitkan penglibatan pemimpin tempatan dan agensi keselamatan, dijangka berupaya melancarkan operasi membantu dan memindahkan mangsa banjir secara sistematik.
Siap sedia berdepan air pasang
Siap sedia berdepan air pasang
KUALA SELANGOR – Status Bencana Tahap Satu akan ditarik balik selepas kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di enam pusat penempatan banjir pulang ke rumah masing-masing.
Jemaah terperangkap dalam masjid
Jemaah terperangkap dalam masjid
JERANTUT – Kira-kira 100 rumah dan premis di kawasan taman perumahan bandar Jerantut dan Sungai Jan ditenggelami air sedalam satu meter selepas hujan lebat yang berterusan selama empat jam, semalam.
Cdert siap siaga operasi banjir
Cdert siap siaga operasi banjir
KUANTAN – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pahang berharap lebih banyak Pasukan Tindak balas Kecemasan Komuniti (Cdert) dapat diwujudkan di negeri ini bagi menghadapi bencana alam seperti banjir.
Banjir
JPS Kelantan terima peruntukan RM2 juta
PASIR PUTEH – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menerima peruntukan tambahan RM2 juta daripada kerajaan persekutuan untuk projek persediaan menghadapi kemungkinan banjir di Kelantan hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Lebih 10 lokasi dilanda banjir kilat
Lebih 10 lokasi dilanda banjir kilat
SUNGAI PETANI – Lebih 10 lokasi sekitar daerah Kuala Muda dilaporkan dilanda banjir kilat setelah hujan lebat tanpa henti lebih dua sejam bermula kira-kira jam 3 petang, semalam.
Banjir
Lebih 10 kawasan Kuala Muda dilanda banjir kilat
SUNGAI PETANI – Lebih 10 kawasan di sekitar daerah Kuala Muda di sini, dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat kira-kira 3 petang tadi.
Bandar Baru Kundang tenggelam
Bandar Baru Kundang tenggelam
KUANG – Air naik sehingga mencecah paras pinggang di kawasan Bandar Baru Kundang di sini sekitar jam 6 petang kelmarin dan mula beransur surut antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi semalam.
[SINAR HARIAN 25 NOVEMBER 2015]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Husam Diberi Enam Tarikh Baharu

KUALA LUMPUR – PAS hari ini memberi enam tarikh baharu kepada Bekas Naib Presidennya Datuk Husam Musa untuk ‘bersemuka’ dengan Dewan Harian Pas Pusat. Setiausahanya Datuk Takiyuddin Hassanberkata, penetapan tarikh itu adalah di antara 30 November ini sehingga 6 Disember 2015. “Sepatutnya Husam hadir di hadapan Jawatankuasa Dewan Harian Pas […]

Subscribe US Now