PURNAMA HARGAI PENGORBANAN PETUGAS BARISAN HADAPAN

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU – Pengorbanan yang tidak ternilai harga oleh petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 telah mendapat penghargaan dan simpati daripada Persatuan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Kelantan (PURNAMA).

Pada program kali ketiga ini, sumbangan PURNAMA membabitkan 200 orang frontliners yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua PURNAMA, Datin Bentara Kanan Isteri YAB Menteri Besar Kelantan, Hajjah Siti Zabidah Ab Hamid kepada Pengarah HRPZ II, Dato’ Dr Selasawati Haji Ghazali hari ini.

Turut hadir, isteri YB Timbalan Menteri Besar, Datin Hajjah Hasmani Haji Hussain, isteri YB Menteri Undang-Undang, Datin Seri Hariza Yusoff, isteri YB Timbalan Menteri Pertanian, Datin Saleha Yaacob dan isteri Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Datin Nor Asikin Haji Ahmad.- UPKN KELANTAN 080221

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MAIK Terus Memperkasakan Agihan Zakat

KOTA BHARU – Majlis Sidang Media Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Bagi Tahun 2020 disempurnakan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz selaku Yang Dipertua MAIK di Dewan Utama Tengku Kaya […]

Subscribe US Now