PURNAMA PRIHATIN DENGAN NASIB PELAJAR KURANG MAMPU

TANAH MERAH – Keluarga pelajar yang berpendapatan rendah dan masih bersekolah telah mendapat perhatian daripada Pertubuhan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (PURNAMA) semalam.

Menurut Setiusahanya, Datin Nor Ashikin Ahmad, sejumlah RM 81,000 telah dibelanjakan sepanjang tahun ini untuk membeli kelengkapan sekolah kepada pelajar-pelajar yang terdiri dari golongan pelajar miskin untuk 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Kelantan.

“Bermula tahun ini kita telah menyumbang RM150 kepada setiap seorang pelajar, berbeza dengan tahun sebelum ini, dimana PURNAMA bagi RM 100 kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan Kembali Ke Sekolah 2023 peringkat DUN Bukit Panau.

Sementara itu, pada majlis yang sama isteri ADUN Bukit Panau Datin Wan Sakinah Wan Ismail telah mengadakan penyampaian kelengkapan pakaian seragam sekolah kepada 12 orang penerima yang terdiri dari pelajar dan wakil pelajar, bertempat di Dewan Markas Tarbiah Tanah Merah (MATTAM) Bukit Tebu.

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 8 times, 2 visits today)

Add Comment