Pusat digesa tidak abai hak Kelantan

webmaster

PERBAHASAN saya mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (KSP RMK11) semalam menyentuh mengenai gesaan kepada Kerajaan Pusat supaya tidak mengabaikan hak sama rata terhadap semua negeri termasuklah Kelantan.

Ironinya, di sana ada pihak dikalangan pemimpin negara sendiri yang kelihatan “gembira” dengan kemunduran Kelantan. Walhal, sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan pembangunan wilayah yang seimbang terhadap semua negeri-negeri di Malaysia.

Kelantan dinafikan hak mendapat tebatan banjir meskipun kejadian banjir berlaku setiap tahun khususnya sewaktu musim tengkujuh. Kelantan turut dinafikan hak mendapat lebuh raya meskipun mengalami trafik yang tinggi khususnya ketika musim perayaan. Bahkan pembinaan ECRL juga telah dibatalkan.

Lebih mendukacita adalah Kelantan dinafikan hak royalti sejak diambil alih oleh PAS pada 1990 sedangkan dari sudut perundangan, Kerajaan Pusat terikat dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 serta perjanjian dua hala Kerajaan Negeri dan Petronas pada 1975.

Saya mengharapkan perubahan di bawah Kerajaan baharu supaya mempertimbangkan pembangunan wilayah yang seimbang. Lebih utama adalah hak-hak yang seharusnya ditunaikan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri khususnya Kelantan.

Sewajarnya Konsep federalisme perlu diperkasakan bagi memastikan peranan yang lebih erat dimainkan oleh Pusat dan Negeri seperti yang termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

“Islam Memimpin”

DATO’ CHE ABDULLAH MAT NAWI
Ahli Parlimen Tumpat
21 Safar 1440H | 30 Oktober 2018 – HARAKAHDAILY 30/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8562-pusat-digesa-tidak-abai-hak-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Beri keadilan, tunai hak kepada Kelantan

KUALA LUMPUR: Biarpun berlaku perubahan pada tema RMK11, setiap perancangan dan tindakan kerajaan mestilah berpaksikan kepada rakyat, yakni memberi manfaat yang maksimum secara menyeluruh. Iaitu dalam maksud lain, tidak mementingkan golongan atau kroni tertentu sahaja, demikian penegasan oleh Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (PAS – Tumpat) pada perbahasan Usul Kajian […]

Subscribe US Now