Pusat saman Kelantan bermotif politik

webmaster

KOTA BHARU: Pengamal undang-undang menganggap tindakan kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan (PH) menyamankan Kelantan berkaitan isu Orang Asli tersembunyi mesej politik.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) PAS Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, mengapa secara tiba-tiba dibuat ketika kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sekarang.

“Kita beranggapan tindakan saman tersebut bermesej politik kerana dibuat bagi melengkapkan agenda PH ketika kempen PRK Cameron Highlands,” katanya di sini.

Jumaat lepas Peguam Negara Tommy Thomas dilapor berkata kerajaan Persekutuan menyaman kerajaan Kelantan bagi menuntut mendapat pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor, Gua Musang.

Nik Bahrum juga berkata, Jadual 9 Senarai II perlembagaan menjelaskan tanah adalah hak kerajaan negeri.

“Kes ini juga menarik kerana akan melibatkan isu lokus kerajaan Malaysia untuk mewakili Orang Asli, isu perlembagaan serta berkait pula dengan jabatan-jabatan yang terlibat seperti JAKOA dan Jabatan Perhutanan,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9472-pusat-saman-kelantan-bermotif-politik

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MB tahu kena saman melalui media

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan masih menunggu kenyataan rasmi Pejabat Peguam Negara berhubung saman kerajaan pusat berkaitan isu tanah adat di Pos Simpor, Gua Musang. Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri sehingga sekarang masih lagi menunggu dokumen rasmi mengenai tindakan saman tersebut. Katanya, sehingga sekarang makluman mengenai saman terbabit […]
Menteri Besar menerima kunjungan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Subscribe US Now