Pusat saman Kelantan gimik PRK C. Highland

webmaster

KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Persekutuan yang diterajui PH memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan diterajui PAS berkaitan Orang Asal tidak lebih dari gimik politik PRK P.078 Cameron Highland.

Setiausaha PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, PH sedang melakukan segalanya untuk menunjukkan keprihatinan mereka kepada Orang Asal bagi memancing undi sempena PRK tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai politik ugutan sebagaimana pernah dilakukan Umno dahulu, tetapi kini menjadi pendekatan politik lebih teruk dilakukan PH.

Semalam, Kerajaan Persekutuan menerusi Peguam Negara, Tommy Thomas memfailkan saman itu kononnya sebagai menuntut hak mendapatkan pengiktirafan tanah adat Orang Asal Temiar di Pos Simpor, Gua Musang.

Kata Tommy, ianya juga sebagai komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap Orang Asal untuk menghalang tindakan yang didakwanya sebagai pencerobohan dan pemusnahan demi keuntungan komersial pihak swasta. – HARAKAHDAILY 19/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9441-pusat-saman-kelantan-gimik-prk-c-highland

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pusat saman Kelantan bermotif politik

KOTA BHARU: Pengamal undang-undang menganggap tindakan kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan (PH) menyamankan Kelantan berkaitan isu Orang Asli tersembunyi mesej politik. Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) PAS Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, mengapa secara tiba-tiba dibuat ketika kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sekarang. “Kita […]

Subscribe US Now