Qari Kelantan juara Tilawah Antarabangsa Kuwait

webmaster

KOTA BHARU: Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) Ustaz Abdullah Fahmi Che Nor muncul johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran kerajaan Kuwait.

Ustaz Abdullah Fahmi bersama rombongan anggota parlimen Malaysia.

Kemenangan itu membolehkan beliau menerima wang tunai berjumlah 5,000 Kuwait Dinar bersamaan RM68,000.

Tempat kedua dimenangi peserta dari Indonesia, ketiga Brunei Darussalam dan diikuti Iran serta Thailand.

Majlis penutup tilawah al Quran itu disempurnakan Raja Kuwait, Amir Sheikh Subah Al Ahmad Al Jabe Al Subah, di Istana Negara semalam.

Kejayaan itu turut dikongsi bersama anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary kebetulan mengikuti rombongan anggota Parlimen Malaysia melawat Kuwait.

Sehubungan itu Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob merakam ucapan tahniah kepada Abdullah Fahmi di atas kejayaan tersebut, berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Abdullah Fahmi juga bekas johan tilawah al Quran peringkat antarabangsa anjuran kerajaan Malaysia tahun lepas. – HARAKAHDAILY 19/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10714-qari-kelantan-juara-tilawah-antarabangsa-kuwait

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AKSB Tingkatkan Kualiti Pengurusan Air

KOTA BHARU – Bagi meningkatkan kualiti, kuantiti dan juga tekanan air, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) telah melancarkan projek penukaran paip lama/uzur di bawah pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti, YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Perasmian […]

Subscribe US Now