R Perantauan dokong perjuangan tuntut royalti

PASIR PUTEH – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Royalti (R) melancarkan R Perantauan bagi membolehkan anak Kelantan di perantauan memahami serta mendokong perjuangan rakyat Kelantan menuntut royalti petroleum.

Timbalan Presiden R, Abdul Shakur Sharrie berkata, R melantik seorang pengerusi untuk setiap kawasan dan aktivitis R dari Kampung Permatang Rambai di sini, Sabri Mahmud dilantik sebagai Pengerusi R Perantauan Lembah Kelang.

Katanya, perlantikan itu diadakan sempena Program Merakyatkan Membangun Bersama Islam di Bangi Convention Centre, Selangor, Sabtu lalu.

“Program itu dihadiri lebih 2,000 anak-anak Kelantan di perantauan yang bukan sahaja mendokong Membangun Bersama Islam Kerajaan Negeri Kelantan, malah turut mendokong perjuangan R dalam menuntut royalti.

“R akan terus menggerakkan kempen Tuntut Royalti dan Bangkit Pertahan ke seluruh negara dengan memastikan R Perantauan di pertantauan masing-masing terlibat secara aktif,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, kempen menuntut royalti turut disokong beberapa NGO lain seperti Persatuan Kaum India Kelantan, Persatuan Taxi Anak Kelantan-KL dan Ukhwatun.

Katanya, penglibatan R dalam program Kerajaan Negeri Kelantan itu menolak tohmahan pelbagai pihak yang mengatakan pemimpin kerajaan negeri tidak serius dalam perjuangan tersebut.

“Isu tuntutan royalti adalah antara isu yang paling banyak disentuh pimpinan Kerajaan Kelantan dan wakil-wakil anak perantau, ia petanda baik bahawa perjuangan ini disambut baik rakyat negeri ini,” katanya.- SINAR HARIAN 7/2/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
51Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment