R Perantauan dokong perjuangan tuntut royalti

webmaster

PASIR PUTEH – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Royalti (R) melancarkan R Perantauan bagi membolehkan anak Kelantan di perantauan memahami serta mendokong perjuangan rakyat Kelantan menuntut royalti petroleum.

Timbalan Presiden R, Abdul Shakur Sharrie berkata, R melantik seorang pengerusi untuk setiap kawasan dan aktivitis R dari Kampung Permatang Rambai di sini, Sabri Mahmud dilantik sebagai Pengerusi R Perantauan Lembah Kelang.

Katanya, perlantikan itu diadakan sempena Program Merakyatkan Membangun Bersama Islam di Bangi Convention Centre, Selangor, Sabtu lalu.

“Program itu dihadiri lebih 2,000 anak-anak Kelantan di perantauan yang bukan sahaja mendokong Membangun Bersama Islam Kerajaan Negeri Kelantan, malah turut mendokong perjuangan R dalam menuntut royalti.

“R akan terus menggerakkan kempen Tuntut Royalti dan Bangkit Pertahan ke seluruh negara dengan memastikan R Perantauan di pertantauan masing-masing terlibat secara aktif,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, kempen menuntut royalti turut disokong beberapa NGO lain seperti Persatuan Kaum India Kelantan, Persatuan Taxi Anak Kelantan-KL dan Ukhwatun.

Katanya, penglibatan R dalam program Kerajaan Negeri Kelantan itu menolak tohmahan pelbagai pihak yang mengatakan pemimpin kerajaan negeri tidak serius dalam perjuangan tersebut.

“Isu tuntutan royalti adalah antara isu yang paling banyak disentuh pimpinan Kerajaan Kelantan dan wakil-wakil anak perantau, ia petanda baik bahawa perjuangan ini disambut baik rakyat negeri ini,” katanya.- SINAR HARIAN 7/2/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan sedia geran untuk usahawan bengkel motosikal

KOTA BHARU: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat, telah merasmikan Seminar Pengurusan Bengkel Motor. Seminar anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kelolaan Gerakan Usahawan Kelantan – GU Klate itu dengan kerjasama Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan (MERAK) dan Dewan Usahawan Kelantan (DUKE) […]

Subscribe US Now