Rai sukarelawan banjir

KOTA BHARU – 24 aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Royalti Kelantan (R) sertai ekspedisi ke Gunung Baha dan Gunung Ayam, Dabong, Kelantan, minggu lalu selepas menyelesaikan hampir 98 peratus misi bantuan banjir dilakukan sejak Januari lalu.

Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, ekspedisi tersebut diadakan bagi meraikan petugas dan sukarelawan banjir yang banyak berjasa kepada NGO R, selain untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan aktivis.

“Kita juga harap aktiviti sebegini dapat menyedarkan kami tentang banyak perkara terutama mendisiplinkan diri daripada melakukan perkara tidak berfaedah.

“Ekspedisi ini juga mengajar kita hargai panorama alam semula jadi flora dan fauna, apa yang kita lihat dan rasai sepanjang jalan menuju ke puncak gunung memberi keinsafan kepada setiap peserta, tambahan pula kami baru sahaja membantu mangsa banjir baru-baru ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, banyak pihak tidak menyedari Kelantan mempunyai hutan simpan semula jadi yang boleh dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti oleh anak muda.

Dalam pada itu, Nazri memberitahu, walaupun perjalanan ke Gunung Ayam mengambil masa sembilan jam, namun semangat yang ditonjolkan setiap peserta mengatasi kepenatan termasuklah kekejangan urat yang dialami mereka.

“Dalam perjalanan mendaki puncak yang agak curam, ketika hampir sampai ke Gunung Baha, kami dibawa melalui satu kawasan tanah runtuh yang agak luas pada ketinggian melebihi 1,350 meter dari aras laut.

“Kami difahamkan tanah runtuh ini berlaku semasa musim tengkujuh penghujung 2014 sehingga menyebabkan banjir lumpur besar merebak hampir ke seluruh Kelantan hingga ke Kota Bharu,” katanya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment