Raja-Raja Melayu terus jadi payung rakyat tumpang berteduh

webmaster

DSC_2839PASIR PUTEH : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli bersama rakyat miskin dan asnaf di Kelantan pagi tadi.

Baginda Sultan berdua mencemar duli ke majlis penyerahan dan pengurniaan kunci rumah kepada penduduk Desa Alam Shah, Kampung Gong Jenarah, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berbesar hati dengan keupayaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menguruskan sumbangan rakyat negeri ini sehingga membolehkan kemakmuran Selangor dikongsi dengan mereka memerlukan.

DSC_2977Inisiatif ini membuktikan bahawa institusi pengurusan ekonomi berteraskan agama terus relevan dalam masyarakat maju.

Mengiringi Sultan Kelantan adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.Turut hadir adalah Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Buka peluang asnaf jana pendapatan

PASIR PUTEH – Seramai 29 asnaf menerima rumah serta diberi peluang menjana pendapatan dengan mengusahakan tanaman cili menerusi Program Penempatan Agroekonomi Desa Alam Shah di Kampung Gong Jenarah, Bukit Awang, dekat sini. Program kerjasama strategik di antara Lembaga Zakat Selangor dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) […]

Subscribe US Now