RAKAMAN TAKZIAH YAB MENTERI BESAR KELANTAN KEPADA KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH

Saya menerima makluman berkaitan kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah dan menyebabkan berlaku kemalangan jiwa. Saya dimaklumkan seramai tujuh pesakit telah meninggal dunia akibat tragedi tersebut.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa kebakaran, juga pihak hospital yang pada masa ini sudah tentu berada dalam keadaan hiba dan terkejut dengan musibah ini. Semoga semua pihak dapat bersabar dan kita doakan agar musibah ini dapat ditangani dengan sebaiknya.

Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali.

إنا لله وإنا إليه راجعون

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Kelantan
24 Muharram 1438/25 Oktober 2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment