Rakyat dapat bersua isteri Tengku Mahkota

webmaster

TUMPAT: Orang ramai di Tumpat buat pertama kali dapat bersua isteri Tengku Mahkota Kelantan Cik Puan Sofie Louise Johansson ketika lawatan pasangan diraja itu di Kampung Bechah Temalang Delima semalam.

Tengku Mahkota melawat pesakit ketumbuhan di otak.

Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan isteri berkenan melawat pesakit kronik, Hakim Danial Razali.

Turut mengiringi lawatan baginda Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, anggota Exco Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, anggota parlimen Tumpat Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, dan pegawai kerajaan.

Baginda menghabiskan masa kira-kira 45 minit di rumah Hakim bertanya khabar.

Ketibaan pasangan pengantin baharu diraja kira-kira jam 10.15 pagi sedikit sebanyak mengembirakan Hakim yang menderita penyakit ketumbuhan di otak sejak 2017.

Hakim Danial Razali, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu telah menjalani rawatan penyakitnya sebanyak 30 kali.

Ibunya Zainab Awang, 65 berkata, anak bongsu daripada 12 beradik itu perlu sebanyak RM22,000 untuk menjalani rawatan susulan bagi memastikan sel-sel tidak kembali aktif.

“Setakat ini, Hakim Danial sudah menjalani lima pembedahan untuk membuang ketumbuhan di bahagian kepala,”ujarnya.

Orang ramai yang berminat membantu boleh salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 03118-41-00000800-1 atas nama Hakim Danial Razali. – HARAKAHDAILY 24/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10779-rakyat-dapat-bersua-isteri-tengku-mahkota

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

ECRL akan ubah wajah Tok Bali

PASIR PUTEH: Tok Bali yang pesat membangun sekarang akan berubah wajah lagi dengan adanya Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka mempunyai stesen penumpang dan kargo. Setiausaha Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) Rosdi Ya’cob berkata, potensi pembangunan Tok Bali sangat besar di Kelantan dengan adanya kemudahan tersebut. Katanya pertumbuhan itu disokong […]

Subscribe US Now