RAKYAT DINASIHATKAN SENTIASA PATUHI SOP

oleh Nik Azman Nik Mustafa

TUMPAT – Rakyat dinasihatkan supaya sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan demi mengurangkan penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Khas Kerajaan Negeri Kelantan Kepada Pemandu Teksi Jajahan Tumpat Bagi Tahun 2021 di Perkarangan Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Tumpat hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 53 orang pemandu teksi dari seluruh jajahan ini yang terjejas pendapatan menerima sumbangan daripada kerajaan negeri bagi mengurangkan bebanan kesan pandemik Covid- 19.

Beliau yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, turut mengingatkan penerima supaya banyak bersabar dengan ujian ini kerana setiap ujian daripada Allah SWT itu mempunyai hikmahnya.

Turut hadir, Ketua Jajahan Tumpat, YABrs Rusydee Abdullah, ADUN Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan dan ADUN Wakaf Bahru, YB Mohd Rusli Abdullah.- UPKN KELANTAN 16/3/2021

(Visited 5 times, 1 visits today)

Add Comment