Rakyat disaran buat solat hajat

webmaster

KOTA BHARU – Penduduk di Kelantan disaran untuk melakukan solat hajat bagi memohon doa agar penduduk di Malaysia khususnya di Kelantan, tidak akan ditimba bencana berikutan ribut Siklon Tropika yang dikatakan akan melanda negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebelum ini kerajaan negeri turut menggerakkan usaha dengan mengadakan solat hajat di beberapa kawasan.

Menurutnya, arahan itu dibuat sebelum malam Tahun Baharu 2019, supaya masjid mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing.

“Saya harap penduduk dapat mengehadkan aktiviti di pantai dan memastikan keselamatan diri dan keluarga.

“Ini antara usaha yang kita boleh buat, sebab ribut merupakan tanda kekuasaan ALLAH dan kita berharap ia tidak akan mengundang bencana,” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

Sementara itu, mengenai isu larangan merokok di kedai makan, Mohd Amar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang bantahan daripada peniaga mahupun pelanggan di sini.

Malah katanya, pimpinan exco kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang masalah berhubung penguatkuasaan tersebut.- SINAR HARIAN 3/1/2019

https://www.sinarharian.com.my/article/5289/EDISI/Kelantan/Rakyat-disaran-buat-solat-hajat

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 Dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan

KOTA DARUL NAIM – “PENGURUSAN IHTIRAFI TUNJANG KESEJAHTERAAN” menjadi tema utama Kerajaan Negeri Kelantan bagi mendepani cabaran tahun 2019. Majlis amanat tersebut telah dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan Negeri Kelantan. Menerusi amanat YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, ada beberapa ciri penting yang perlu diterapkan dalam budaya Pengurusan […]

Subscribe US Now