RAKYAT PERLU UTAMA PRODUK HALAL – MB

webmaster
Ustaz Ahmad Yakob mencuba alat kopek durian.

OLEH MUHAMMAD ARIF ISMAIL

TUMPAT: Kelantan memberi galakan dan kesedaran kepada masyarakat supaya mementingkan barangan khususnya makanan halal kerana usaha itu menepati ajaran Islam.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, produk yang dihasilkan orang Islam bukan sahaja untuk kegunaan sendiri malah masyarakat pelbagai kaum.

Sehubungan itu katanya kerajaan negeri mahu setiap produk yang dihasilkan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) hendaklah menepati syariat Islam.

“Yang paling penting sekali jenama halal yang dikeluarkan. Itu sangat penting sebab kita hendak bukan sahaja negeri Membangun Bersama Islam, tetapi juga hasilkan produk halal.

“Sebab itu hari ini kita sedang memberi kesedaran dan galakan umat Islam supaya menggunakan produk yang halal,” katanya ketika merasmikan Karnival Jajahan Agro al Falah ‘Bertani Satu Ibadah’ peringkat jajahan Tumpat di Pasar Kampung Laut di sini petang semalam.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, ahli Parlimen Tumpat Dato’ Che Abdullah Mat Nawi; Adun Wakaf Bharu Mohd Rusli Abdullah; Adun Kelaboran Mohd Adanan Hassan dan Ketua Jajahan Tumpat Ibrahim Bakri Mat Deris.

Karnival Agro al Falah diadakan dua hari berakhir hari ini mengetengahkan pelbagai produk keluaran tempatan. Turut diadakan gerai jualan dan persembahan kebudayan. – HARAKAHDAILY 5/9/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12885-rakyat-perlu-utama-produk-halal-mb

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RMK12 AMBIL KIRA KEPENTINGAN RAKYAT

OLEH OLEH SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR KOTA BHARU: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengadakan program libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri sebelum merangka draf Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Timbalan menterinya, Senator Dr Mohd Radzi Jidin berkata, libat urus tersebut merupakan usaha awal dengan mengambil kira kepentingan rakyat di peringkat […]

Subscribe US Now