KOTA BHARU – Menjelang pembukaan sekolah sesi baharu pada minggu hadapan, Senator Dewan Negara, YB Dr Wan Martina Wan Yusoff meminta kerajaan agar meringankan beban ibubapa yang kurang berkemampuan agar memberi kelonggaran untuk tidak mewajibkan pembelian pakaian sukan atau ko-kurikulum khususnya anak-anak yang baharu memasuki darjah satu atau tingkatan satu.
Hal ini kerana, beliau berpendapat kos sara hidup kini yang semakin meningkat selain pendapatan rakyat yang turut terjejas telah memberi kesan kepada majoriti rakyat di negeri ini, dan tekanan lebih dirasai khususnya rakyat B40 dan M40.
“Kebanyakkan harga bagi kelengkapan barangan sekolah seperti pakaian sekolah, kasut sekolah, peralatan menulis dan buku-buku sekolah amat berbeza dengan harga sebelum ini disebabkan tekanan harga semasa,
“Kita amat memahami keluh kesah golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang ramai yang masih bersekolah kerana terpaksa berbelanja tinggi untuk keperluan tersebut,” katanya ketika ditemui media UPKN.
Sehubungan itu, jelasnya pihak kerajaan perlu menyalurkan lebih banyak bantuan inisiatif dari segi pakaian dan peralatan sekolah secara percuma kepada rakyat miskin tegar, khususnya bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan oleh kerajaan seperti ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang bersekolah tiga orang atau lebih.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg