Rancang wang royalti sejak zaman Tok Guru

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menggunakan wang royalti minyak untuk pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmab Yakob berkata, dana itu akan digunakan mengikut perancangan yang dibuat kerajaan negeri.

“Sebagaimana perancangan dibuat sejak zaman almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, begitu juga kerajaan negeri hari ini.

“Kita telah ada beberapa perancangan sekiranya wang royalti minyak dipulangkan kepada kerajaan negeri,” katanya selepas menyampaikan watikah pelantikan ahli-ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Kelantan di Kota Darulnaim semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad.

Baru-baru ini Naib Presiden PAN, Husam Musa dilapor meminta kerajaan negeri menyenaraikan program yang akan diadakan setelah menerima royalti. – HARAKAHDAILY 17/7/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ahli Majlis Mesti Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab

KOTA BHARU – Ahli-Ahli Majlis diingatkan supaya sentiasa patuh pada peruntukan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Ahmad bin Yakob berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan 2018 di Kota […]

Subscribe US Now