RAPAT NGO BERJAYA DEKATKAN RAKYAT DENGAN KERAJAAN

webmaster

oleh Kalam Timur

PENGKALAN KUBOR – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat menegaskan peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO) cukup besar dalam membantu kerajaan khususnya untuk pembangunan ekonomi rakyat, kebajikan dan sosial.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis NGO Bersama Komuniti 2020 di Tapak Pasar Rabu, Kampung Bendang Pak Yong pada 24 Januari 2020.

Program kemasyarakatan sehari anjuran Urusetia Belia, Sukan dan NGO (U-Bes) dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Kubor dan Konfederasi NGO Kelantan (KNK) mendapat sambutan meriah daripada rakyat setempat termasuk perantau yang pulang ke kampung bersempena cuti Tahun Baru Cina.

Antara aktiviti yang dipertontonkan ialah pameran daripada agensi Kerajaan Negeri dan Pusat, aktiviti sukaneka, gotong-royong dan jamuan rakyat bersama penduduk tempatan serta persembahan kebudayaan pada sebelah malamnya.

Menurut YB Ustaz Wan Roslan, program diadakan di seluruh Kelantan melibatkan setiap jajahan dengan penyertaan aktif daripada badan-badan NGO banyak membantu rakyat di pedalaman untuk mendapat perkhidmatan dan maklumat secara cepat dan mudah tanpa terlibat dengan penularan berita palsu serta menambah rasa kebersamaan untuk saling menjaga kemakmuran negeri.

“Program Rapat NGO Bersama Komuniti ini akan diadakan secara bersiri di seluruh negeri termasuk di kawasan pedalaman. Ia komitmen kerajaan bersama NGO dalam aspek menyantuni rakyat dan mendedahkan mereka perkembangan dan dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi amalan 30 tahun Kerajaan Negeri Kelantan.

“Dalam setiap program dan kempen Kerajaan Negeri mengharapkan penyertaan dan sokongan daripada badan NGO bagi menjayakan setiap penganjuran. Oleh itu, kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, NGO dan rakyat dapat membina kekuatan serta mengurangkan masalah sesama pihak”, ujarnya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, ADUN Wakaf Bahru, YB Mohd. Rusli Abdullah, ADUN Kelaboran YB Mohd. Adanan Hassan, Pengarah U-BeS, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin, Ketua Polis Daerah Tumpat, SUPT. Ab. Rashid Mat Daud dan Naib Pengerusi KNK, Dr. Wan Martina Wan Yusuf.- UPKN KELANTAN 28/01/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2587315274836157

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pemerintah Kelantan Belajar Masalah Sampah ke Palembang

PALEMBANG: Untuk mengatasi persoalan sampah, Pemerintah Negeri Kelantan, Malaysia, belajar tangani soal persampahan ke Kota Palembang. “Kami ingin tau bagaimana Pemkot Palembang bisa mengubah kota dengan predikat terkotor menjadi kota peraih Adipura 12 kali berturut-turut, kami ingin mempelajarinya agar Kelantan menjadi kota yang bersih,” kata perwakilan Pemerintah Negeri Kelantan, DR […]

Subscribe US Now