RATING KELANTAN TV MELONJAK SEPANJANG PKP

webmaster

oleh Norzana Razaly dan Nur Atikah Hanis Musa

Seiring kepesatan teknologi maklumat, media digital menjadi sohor kini (trending) sebagai mekanisme penyebaran informasi kepada masyarakat secara pantas dan menarik yang boleh dicapai dalam skala saat melalui gajet dengan internet berkelajuan tinggi.

Kadar kepopularan rancangan siaran media digital berdasarkan jumlah tontonan dan engagement (keterlibatan) audien ataupun “rating” amat penting bagi mengukur tahap keberhasilan sesebuah siaran mencapai sasaran.

Salah satu stesen berplatform digital yang sedang meningkat ratingnya ialah Kelantan TV (KTV).

Pengurus K Media yang mengendalikan KTV melalui saluran KelantanKini, Mohd Farisfitri Md Suhaimin berkata matlamat KelantanKini adalah untuk menyedia dan memajukan media alternatif dan bervariasi kepada rakyat Kelantan.

“Selain adanya Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN), Radio dan Televisyen Kelantan (RTV) yang lebih bersifat penyiar rasmi kepada Kerajaan Negeri, KTV melalui KelantanKini memfokuskan perkongsian ilmu dan berita yang lebih terbuka kepada rakyat sebagai wadah pengkongsian maklumat secara sejagat meliputi seni dan hiburan, sukan, ekonomi, budaya, politik dan isu semasa sebagai maklumat tambahan yang sahih dan relevan mengikut peredaran masa”, hurainya.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahap capaian tontonan KelantanTV telah meningkat saban hari terutamanya pada bulan Ramadan lalu.

Berikut lima pencapaian tertinggi KelantanTV sepanjang PKP;

1.Peningkatan Page Likes sehingga 15% dalam tempoh sebulan yang lepas dan kini keseluruhan page KelantanTV telah mencecah 385,000 pengikut di Facebook.

2.Tontonan Page meningkat 65% sepanjang bulan Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

3.Capaian tontonan video mencecah 400,000 dalam tempoh sebulan, peningkatan 50% dengan jumlah 876,000 minit tontonan dalam tempoh sebulan.

4.Program khusus di bulan Ramadan berjenama Galeri Ramadan melibatkan agensi seperti Urusetia Belia, Sukan dan NGO (UBeS) dan Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKeKWa) memberi impak tinggi kepada jumlah tontonan terutamanya penonton remaja.

5.Program tadarus dan tadabbur Al-Quran di bulan Ramadan melibatkan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan UPKN melonjakkan jumlah engagement penonton mencecah 131,000 untuk satu video.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PROJEK ECRL DI KELANTAN DIJANGKA BERMULA NOVEMBER 2020

oleh Norzana Razaly KOTA DARULNAIM– Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Hj Ahmad bin Yakob berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada wakil China Communication Construction (CCC) yang diketuai Pengurus Projek Eksekutifa, Guo Chang Rui sekitar pukul 11 pagi tadi di pejabatnya. Kunjungan hormat delegasi tersebut bertujuan menyampaikan […]

Subscribe US Now