Realisasi Kelantan jelapang makanan

webmaster

PELBAGAI usaha dilakukan kerajaan negeri bagi merealisasikan hasrat menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata antara usaha itu menganjurkan ‘Karnival Bertani Satu Ibadah’ di peringkat jajahan.

Katanya, program tersebut membolehkan petani, penternak, nelayan dan usahawan tani mempamerkan hasil mereka.

“Begitu juga hari peladang yang disambut setiap tahun pada peringkat kebangsaan dan kerajaan negeri pula mengadakan ekspo pertanian.

“Ia merupakan kesinambungan program peringkat negeri sebagai menghargai golongan tersebut.

“Di peringkat jajahan dibuat sebanyak dua tahun sekali di 10 jajahan, iaitu lima jajahan setiap tahun,” katanya ketika merasmikan Karnival Bertani Satu Ibadah di jajahan Tanah Merah di perkarangan Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jajahan Tanah Merah, Norazman Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah, Wan Mohd Shuhaimi Wan Mustapha. – HARAKAHDAILY 4/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MPKB-BRI galak program amal

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menggalakkan penganjuran program amal yang sedia terkandung dalam konsep agensi berkenaan dalam usaha membantu mereka memerlukan. Yang Dipertuanya, Datuk Zamri Ismail berkata, program kebajikan itu perlu kerana dapat membantu orang lain. “Kutipan amal oleh badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama beberapa […]

Subscribe US Now