Rejam: Pandangan ulama PAN ditolak

webmaster

KOTA BHARU: Ulama pondok di sini menolak pandangan ulama Parti Amanah Negara (PAN) yang menyifatkan hukuman rejam sampai mati pesalah zina di Brunei tidak berasaskan hujah agama yang kuat.

Pengerusi Jemaah Tadbir Pondok Pasir Tumboh, Ustaz Abdul Halim Derani berkata, pandangan Wan Ji Wan Husin sebagai menyimpang.

Katanya, semua agamawan yang belajar ilmu berpandukan al Quran dan Sunnah mengakui bahawa hukuman rejam sebagai pegangan utama orang Islam.

“Pendapat yang disebut Ustaz Wan Ji tidak betul, semua ulama sudah mengetahui bahawa hukuman itu terdapat dalam al Quran dan Hadis.

“Pendapat dia itu semata-mata untuk menjaga hati seseorang, hendak jaga kerajaan, lebih kepada hendak jaga peribadi dan kepentingan,” katanya di sini.

Wan Ji dalam laman berita semalam cuba mempertikaikan tindakan kerajaan Brunei yang mengumumkan pelaksanaan hukuman rejam sampai mati terhadap pesalah zina dan seks sejenis.

Ulama PAN terbabit dilapor menyifatkan tindakan kerajaan Brunei itu tidak berasaskan hujah yang kuat.

Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah dari Pusat Pembangunan Pondok Bhd berkata, secara asasnya orang Islam wajib menerima sebarang bentuk hukuman berbentuk ‘qatie’ daripada Allah dan dilaksanakan Nabi Muhammad SAW.

Katanya, orang Islam sepatutnya menyokong segala usaha untuk melaksanakan syariat Allah tanpa mengira batasan sempadan sebagaimana yang dilakukan kerajaan Brunei.

Pendakwah bebas Ustaz Suridzal Abdul Rahim menasihati Wan Ji tidak mencampuri urusan agama negara lain khas Brunei. – HARAKAHDAILY 3/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10487-rejam-pandangan-ulama-pan-ditolak

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sebar berita palsu juga jenayah siber

KUALA LUMPUR:¬†Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, penyebaran berita palsu juga boleh dianggap sebagai jenayah siber selain daripada serangan kepada protokol internet, virus dan sebagainya. Katanya, tindakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menubuhkan jawatankuasa membanteras jenayah siber adalah selari dengan tindakan beberapa buah negara yang […]

Subscribe US Now