REJIM ZIONIS TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

KOTA BHARU: Rejim Zionis Israel tidak boleh dipercayai lebih-lebih lagi untuk diterima sebagai rakan diplomatik.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanah Ahmad Yakob berkata, perjanjian demi perjanjian dibuat antara mereka dengan Palestin terus dicabuli.

Katanya ia termasuk perjanjian Oslo yang ditandatangani pada 13 September 1993 di White House.

“Apa yang berlaku sejak 70 tahun lalu sehingga kini keganasan terhadap umat Islam Palestin berlaku tanpa henti,” katanya pada program Bicara Palestin bertajuk ‘Jihad Palestin Dalam Arus Perubahan Iklim Politik’ di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Kesatuan Ulama Luar Palestin Cawangan Asia Tenggara, Dr Ahed Abu Al-A’thoo dan Ketua Pengarah Biro Kerjasama Antarabangsa Kementerian Kesihatan Palestin Dr Ashraf Abu Mahadi.

Ustaz Ahmad juga berkata, sejarah silam membuktikan bangsa Yahudi memang pengkhianat.

Program itu dianjurkan Kerajaan Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia. – HARAKAHDAILY 5/12/2019

Sumber: https://harakahdaily.org/index.php/2019/12/05/rejim-zionis-tidak-boleh-dipercayai/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment