Rezeki musim kemarau

webmaster

imagePASIR MAS – Biarpun berdepan musim kemarau kesan fenomena El-Nino, namun para peserta di bawah Projek Tanah Pemulihan Terbiar (PTTT) Kampung Slow Teliar, Bunut Susu mampu menarik nafas lega apabila tanaman tembikai wangi yang diusahakan mengeluarkan hasil berlipat kali ganda berbanding tahun lalu.

Seorang peserta Muhammad Firdaus Adnan, 26, berkata, musim kemarau sama sekali tidak menjejaskan projek yang diusahakannya itu, malah hasil pengeluaran kali ini lebih baik.

“Musim lalu saya hanya mampu meraih hasil sekitar 11 tan metrik, namun kali ini jumlah itu telah meningkat kepada 15 tan metrik. Alhamdulillah, walaupun terpaksa berdepan dengan cuaca panas namun ia tidak menjejaskan tanaman tembikai wangi yang diusahakan,” katanya.

Menurutnya, apa yang membanggakan kualiti buah yang dikeluarkan lebih baik dan manis berbanding sebelum ini.

Muhammad Firdaus berkata, musim kemarau juga banyak membantu dalam kawalan penyakit pada pokok bagi tahun ini.

“Musim kemarau menyebabkan penyakit pada pokok menjadi kurang dan ia memudahkan lagi proses penjagaan. Bagaimanapun, kami para petani di kawasan ini mengharapkan hujan turun buat seketika bagi memberikan lebih kesegaran pada anak pokok,” katanya.

Seorang lagi peserta Abdullah Yaakob berkata, hasil tanaman yang diusahakannya turut bertambah berbanding sebelum ini.

“Sebelum ini saya hanya dapat sekitar 12 tan metrik, namun kali ini bertambah kepada 15 tan metrik. Walaupun, kemarau kali ini agak panjang, namun hasil yang diperoleh cukup baik. Inilah yang dikatakan rezeki di musim kemarau,” katanya.

-sinarharian

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

El-Nino: Ternakan di Kelantan tidak terjejas

KOTA BHARU – Ternakan di Kelantan disahkan tidak terjejas dan tiada penyakit dikesan biarpun negara dilanda fenomena El-Nino sejak Januari lalu. Pengarah Veterinar Kelantan, Dr Suratan Kamaruddin berkata, penternak di negeri ini didapati lebih berdikari untuk mencari sumber makanan. “Pegawai-pegawai jabatan sentiasa memantau dan menjalankan rawatan terhadap projek ternakan di […]

Subscribe US Now