Rezeki Ramadan

webmaster

TUMPAT – Impian enam beranak yang tinggal di Kampung Berangan, di sini mahu memiliki rumah sendiri yang selesa menjadi kenyataan apabila menerima bantuan rumah sumbangan kerajaan negeri di bawah program Rumah Dhuafat.

Roslan Mohammad, 35, bersama isteri, Zuraini Mohamed, 34, serta empat anaknya sebelum ini tinggal di rumah sewa yang uzur dengan kadar sewanya RM80 sebulan sejak enam tahun lalu.

Kata Zuraini, dia khuatir tidak mampu membayar sewa jika berpindah ke tempat lain kerana sewanya mungkin mencecah ratusan ringgit.

“Rumah sewa itu terlalu uzur, nak cari rumah sewa yang selesa, sewanya mencecah ratusan ringgit.

“Sebab itu kami bertahan walau tak selesa,” katanya ketika majlis penyerahan kunci Rumah Dhuafat disempurnakan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.

Zuraini berkata, gaji suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah tidak cukup untuk menyewa rumah yang mahal.

Menurutnya, dia bersyukur apabila kerajaan negeri merealisasikan impiannya apabila menerima rumah percuma yang selesa.

“Kami sambut Ramadan dan Aidilfitri di rumah baru. Terharu sangat sebab impian nak duduk rumah sendiri jadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaki berkata, ia merupakan penyerahan pertama rumah dhuafat di Dun Kelaboran bagi 2017.

“Rumah itu bernilai RM25,000 dibina di atas tanah pemohon.

“Keseluruhan peruntukkan pembinaan Rumah Dhuafat ini sebanyak lima buah rumah dan empat lagi akan menyusul,” katanya.[SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Zakat fitrah Kelantan kekal RM7

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah di Kelantan tahun ini kekal sebanyak RM7. Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, seramai 651 amil terdiri daripada imam masjid, pegawai agama di kem tentera, balai polis dan […]

Subscribe US Now