RIBUAN HUFFAZ BELIA, ASET MODAL INSAN KELANTAN

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustapha

KOTA BHARU: Seramai 262 pelajar menerima sijil pada Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan Kali Ke-10, 2019 di Dewan Besar Balai Islam Lundang pada 18 Januari 2020 di Dewan Besar Balai Islam Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu.

YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob di dalam ucapan perasmian menyatakan kejayaan pada hari ini adalah daripada hasil yang digerakkan melalui dasar “Membangun Bersama Islam” yang kini memasuki tahun ke 30.

Katanya, agenda pendidikan menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Demi menjayakan dasar tersebut, Kerajaan Negeri memberi penekanan khusus melalui sekolah-sekolah agama untuk membangunkan agama Islam di negeri ini.

“Saya menzahirkan kesyukuran atas kejayaan Maahad Tahfiz di bawah Yayasan Islam Kelantan yang telah melahirkan para huffaz setelah penubuhan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong pada tahun 1992.

Seterusnya Maahad Tahfiz Sains pada tahun 2004 yang jumlah keseluruhan huffaz sejak dari tahun 1992 hingga tahun 2019 ialah seramai 4,082 orang. Jumlah ini adalah termasuk 262 orang huffaz yang bakal menerima sijil khatam hafazan pada hari ini,” katanya.

Tambahnya, lebih membanggakan apabila dua pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong yang berusia 17 tahun telah berjaya mendapat ijazah sanad bacaan Al-Quran 30 juzuk secara khusus daripada syeikh yang mempunyai sanad bacaan yang bersambung kepada Rasulullah saw.

“Tahniah kepada anak-anak tahfiz, bakal menjadi produk modal insan di bawah dasar “Membangun Bersama Islam” yang berperanan menjana kekuatan ummah dengan sumbangan-sumbangan yang berterusan kepada masyarakat dan agama,” ujarnya.

Melalui ucapannya, Kerajaan Negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Syeikh Abdul Rahman Ibrahim bin Muhammad Ar-Rubai’an, Atase (diplomat) Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur dan Kerajaan Arab Saudi yang telah memberikan sumbangan 25 buah kotak yang mengandungi Mushaf Al-Quran, Al-Quran Terjemahan Bahasa Melayu dan Al-Quran Terjemahan Bahasa Inggeris.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hassan dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Dato’ Haji Abdullah Ya’kub, YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Tengku Ab Rahman Tuan Yunus, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, Ahli-Ahli Lembaga Yayasan Islam Kelantan serta pegawai tinggi kerajaan dan para ibu bapa.

Anugerah Tokoh Tahfiz 2019 (Lelaki) penerima Nik Muhammad Hazim Nik Abd. Aziz (Maahad Tahfiz KTS Nurul Aman Kok Lanas) dan Tokoh Tahfiz 2019 (Perempuan) penerima Izzah Irdina Othman (Maahad Tahfiz MTS Tanah Merah).

Manakala penerima Sijil Syahadah Hafazan Kategori 1-30 Juzuk penerima Abdul Rauf bin Safuan (MTAQ) Pulai Chondong, Muhammad ‘Atifil Hilmi bin Mohd Ramli (MTAQ) Pulai Chondong, Hamdan Syakirin bin Rosely (KTS Nurul Aman Kok Lanas) dan Nik Muhammad Hazim bin Nik Abd. Aziz (KTS Nurul Aman Kok Lanas).- UPKN KELANTAN 19/01/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2579919608909057

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dasar UMI eratkan jalinan Gajah Puteh dan Tanah Serendah Sekebun Bunga

  RANTAU PANJANG: 30 Delegasi Kerajaan Thailand yang diketuai Ketua Whip Parlimen Thailand, YB Mr. Wirat Rattanassed dan Menteri Thailand hadir melawat Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing) di sini. Lawatan tersebut merupakan sebahagian tanda keakraban hubungan negara jiran yang terbina sejak sekian lama. Di dalam pertemuan tersebut, […]

Subscribe US Now