Ribuan rakyat berhimpun bantah hina Islam

webmaster

KOTA BHARU: Biarpun Eropah negara minoriti umat Islam, namun hukuman berat dikenakan terhadap mereka yang didapati menghina Nabi Muhammad SAW.

Begitu juga pernah berlaku di Denmark di mana pemimpin negara itu berdepan kebangkitan rakyat Muslim membantah tindakan seorang penduduk menghina Islam.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, lebih malang lagi apabila perkara seperti itu berlaku di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Katanya, umat Islam di negara ini menuntut tindakan tegas daripada kerajaan terhadap mereka yang menghina Islam.

“Namun apa yang berlaku sekarang orang yang menghina dibebaskan selepas ditahan pihak berkuasa.

“Kami menuntut orang yang menghina Islam jangan dibebas. Umat Islam menuntut hukuman yang lebih berat,” katanya pada himpunan membantah penghinaan terhadap Islam di Medan Ilmu hari ini.

Ribuan menyertai himpunan tersebut, diadakan selepas kuliah pagi Jumaat. Turut menyampaikan ucapan wakil Dewan Ulamak Kota Bharu, Ustaz Azahari Abdul Rahman, wakil Pemuda Kota Bharu, Ustaz Abdul Malek, wakil muslimat dan mahasiswa.

Ketika doa akhir pada himpunan itu yang dibaca Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail, sekumpulan burung berterbangan di kawasan itu.

Baru-baru ini, tular di media sosial tiga individu mempersendakan Islam dan Nabi Muhammad SAW  termasuk yang menggunakan nama Henry Hiung, Sally Yen dan Sarkar Tanesen. – HARAKAHDAILY 1/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9953-ribuan-rakyat-berhimpun-bantah-hina-islam

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan rekod 73 panggilan kebakaran

TUMPAT – Sebanyak 73 panggilan kebakaran hutan, kebun, lalang dan sampah direkodkan antara Januari hingga Februari tahun ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Nazili Mahmood berkata, kebakaran tanah gambut di Bachok dan tempat pelupusan sampah di Pasir Mas adalah kes terbaru yang direkodkan. Menurutnya, pihaknya memandang serius […]
27/2/2019 YS Pgrh @bombaJBPM #Kelantan @NaziliMahmood bersama pegawai jabatan dalam Mjls Perhimpunan Bulan di Balai Bomba #Ketereh serta menyampaikan sijil balai ceria, hadiah pertandingan sepak takraw dan ping-pong

Subscribe US Now