Ribuan solat hajat pertahan kerajaan Islam

webmaster

KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan menadah tangan memohon mengekalkan kerajaan Islam Kelantan 9 Mei ini.

Solat hajat diimamkan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Tok Guru Nik Razi Nik Mat, adik Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Sebelum itu, beliau menyampaikan kuliah Maghrib.

Orang ramai memenuhi Dataran Stadium sejak sebelum Maghrib lagi. Dataran stadium menjadi semakin padat menjelang Isyak.

Ketika itu rombongan calon PAS tiba dari kediaman Menteri Besar.

Ketibaan Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob disambut orang ramai.

Calon mengenakan baju Melayu hijau lengkap bersamping.

Ramai melihat aura kebangkitan Islam begitu jelas. Semangat berkobar-kobar bagi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan jelas kelihatan terpancar di wajah mereka.

Utraz Nik Razi berkata, hanya PAS yang mahu mendaulatkan Islam di negara ini.

“Biarpun bermacam-macam dituduh terhadap PAS kononnya undi PAS sama dengan undi Umno.

“Biarlah mereka hendak katakan apa saja, tetap kita pilih bulan,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/4/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PAS Kelantan tampil 21 calon baru

KOTA BHARU: PAS Kelantan menampilkan seramai 21 calon baru yang akan mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan. Mereka terdiri daripada ahli perniagaan, guru agama, korporat, pegawai kerajaan dan aktivis masyarakat. Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sebanyak 20 peratus calon yang ditampilkan usia bawah 50 tahun. Selain itu, […]

Subscribe US Now