Ribuan solat hajat solidariti Agong

KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan malam tadi menyertai solat hajat solidariti untuk Yang di-Pertuan Agong diadakan di Madinah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Solat hajat diadakan selepas solat tarawih diimamkan Senator Muhamad Mustapha.

Sebelum itu orang ramai menunaikan solat tarawih di Madinah Ramadan yang dimamkan qari dari Mesir, Sheikh Hissam Abdul Bari dan Sheikh Yasin Al Syarqawi.

Solat hajat diadakan ekoran banyak isu yang berlaku sekarang termasuk pelantikan Peguam Negara sehingga menjadi pertikaian ramai sebelum ini.

Manakala dalam perkembangan lain Sultan Muhammad V meraikan anak-anak yatim pada majlis kurniaan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Majlis pengurniaan sumbangan Yayasan Al-Bukahri itu diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji petang semalam.

Hadir sama Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, kerabat diraja, Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, anggota Exco dan pegawai kerajaan. – HARAKAHDAILY 5/6/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment