RM120 juta bajet Kelantan untuk pendidikan

KOTA BHARU: Dianggarkan satu perlima daripada jumlah belanjawan Kelantan setiap tahun diperuntukkan untuk sektor pendidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Mumtaz Md Nawi berkata, sebanyak RM120 juta diperuntuk kerajaan negeri untuk tujuan itu.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan mengutamakan pendidikan kepada rakyat dalam usaha melahirkan insan berilmu, beriman dan bertakwa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Muslimah International Summit Kelantan (MISK). Program berkenaan diadakan sempena Hari Sayyidatina Khadijah di sebuah hotel di sini, hari ini yang dihadiri 600 peserta. Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Dato’ Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dan Pengarah Urusetia Kebajikan, Keluarga dan Wanita (U-Kekwa), Ilvira Mohd Dasuki.

Mumtaz berkata, kerajaan negeri berusaha melahirkan ibubapa yang bijak mendidik anak-anak mereka sehingga layak digelar ibu mithali.

“Disebabkan jumlah begitu ramai, akhirnya pada tahun 2010 anugerah itu ditiadakan sebaliknya diganti dengan Keluarga Mawaddah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/6/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11672-rm120-juta-bajet-kelantan-untuk-pendidikan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment