RM15.7 juta bantu pengantin baru

KOTA BHARU: Seramai 438 pengantin baru menerima sumbangan Skim Az Ziwaaj sebanyak RM438,000 mulai September lepas sehingga Januari tahun ini, di mana setiap pasangan pengantin menerima sumbangan sebanyak RM1,000.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Dato’ Abdul Fattah Mahmood berkata, sebanyak RM3 juta diperuntuk kerajaan negeri setiap tahun bagi melaksana program berkebajikan tersebut.

“Skim Gerbang Az-Ziwaaj dilaksanakan kerajaan Kelantan sejak 2011,” katanya.

Menurutnya juga program tersebut dikendalikan Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) bertujuan membantu golongan muda yang kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

Abdul Fattah juga berkata, pada peringkat awal kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta.

Maklumnya juga, sejak program itu dilaksana sehingga 31 Disember 2017 seramai 15,700 pasangan pengantin mendapat manfaat skim tersebut melibatkan kos RM15.7 juta.

“Ini membuktikan Kelantan sentiasa meletakkan agenda kebajikan berteraskan syariat sebagai agenda utama,” katanya. –HARAKAHDAILY 15/2/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment