RM4.5 juta bantu armalah, OKU

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta bagi membantu lebih 41,000 armalah dan OKU di negeri tersebut setiap tahun.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan golongan terbabit.

“Kita bantu golongan armalah dan OKU mengikut kemampuan kita. Sebab itu kita minta semua pihak terutamanya NGO, badan berkanun dan korporat turut membantu,” katanya selepas merasmikan Pusat Latihan Wanita OKU dan Armalah (PLWOA) di Bazar Siti Aisyah, kelmarin.

Hadir sama anggota Exco, Mumtaz Md Nawi, isteri Menteri Besar, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid dan wakil-wakil rakyat.

Ustaz Ahmad juga berkata, kerajaan negeri turut membantu Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) di 45 Dun.

Sehingga kini lebih 30,000 OKU berdaftar di Kelantan. –HARAKAHDAILY 21/2/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan negeri tunggu laporan Jabatan Perhutanan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menunggu laporan Jabatan Perhutanan Negeri berkaitan sekatan laluan lori balak oleh sekumpulan masyarakat Orang Asal di pedalaman Gua Musang. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, laporan itu perlu bagi mendapat gambaran sebenar melibatkan Orang Asal di Kampung Peralong, Pos Bihai, Gua Musang. “Kerajaan negeri perlu […]

Subscribe US Now